twitter

BARCELONA: Bintang pop remaja, Justin Bieber kelihatan biasa saja ketika berlatih dengan pasukan bola sepak terkenal Sepanyol semalam.

Bieber dipelawa untuk menghadiri latihan itu selepas dia dirakam memakai jersi terkenal Barcelona awal minggu lalu. Bintang pop warga Kanada itu sedikitpun tidak kelihatan gugup ketika berlari dan menendang bola di padang Ciutat Esportiva dengan memakai jersi kedua kelab terbabit.


Dia menunjukkan kemahirannya, termasuk membuat tendangan melencong ke dalam kotak penalti.

Dia berjaya menarik perhatian pengurusan Barcelona apabila diajak bermain dalam perlawanan latihan bersama Thiago, Benja, Bojan, Fontas dan Ruben Mino sebagai penjaga gol. Remaja itu yang berada di Eropah untuk persembahan konsert, bermain bola sepak sejam sehari sebagai sebahagian daripada bentuk senaman barunya. - The Sun
Saturday 9 April 2011 | 0 comments |

0 comments:

Post a Comment